Pencarian Bidadari Syurga

welcome

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

Lagi fakta Tentang Nescafe


















sedap je tengok nescafe kat atas ni.huhu.gambar pun jadi la buat saya terliur. saya ada lagi artikel pasal nescafe. ni pun saya copy paste.ala...susah la saya macam ni.....hari2 saya minum.ni minuman wajib saya.saya ni ketagih nescafe.macam mana ni.huhuhu.jom baca artikel ni

KESAN NESCAFE PADA SETIAP ORANG BERBEZA

MUNGKIN anak anda gemar menikmati secawan kopi setiap pagi sebelum ke sekolah atau anda yang membancuhkannya setiap malam sebagai teman mengulangkaji pelajaran.Kesan pengambilan kafein pada setiap individu berbeza, tetapi secara umumnya kanak-kanak dan dewasa memiliki kesan yang hampir sama. Walaupun tidak ada garis panduan pengambilan kafein untuk kanak-kanak di Malaysia, di Kanada, kanak-kanak tidak dibenarkan mengambil lebih daripada 45 miligram (mg) kafein sehari.Jumlah itu bersamaan dengan kuantiti kafein yang dijumpai dalam 355 mililiter (ml) minuman soda atau empat coklat bar dengan berat 43 gram. Kafein boleh ditemui dengan jumlah yang banyak dalam kopi (54 peratus kafein dalam kopi), tetapi ia juga boleh dijumpai dalam teh, coklat, minuman koko, sesetengah minuman ringan, yang kandungan kafeinnya tidaklah sebanyak dalam kopi.Perlu dijelaskan, kafein memiliki risiko kesihatan terhadap sesetengah pengguna. Anak kecil misalnya lebih sensitif kepada kafein kerana mereka tidak terdedah kepada bahan itu berbanding orang dewasa. Bagi kebanyakan doktor perubatan pula, mereka menyarankan wanita hamil dan ibu yang menyusukan bayi patut mengurangkan pengambilan kafein. Walaupun dalam jumlah sedikit atau sederhana belum dapat dibuktikan boleh mengganggu bayi, tetapi yang selalu ditegaskan dalam kebanyakan kajian, kafein boleh memburukkan masalah jantung atau saraf.Prof Suhaila Mohamad dari Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kafein bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan)."Bagi orang dewasa pula lazimnya sifat yang diuretic menyebabkan individu yang mengambil kafein akan kerap membuang air kecil," katanya. Prof Suhaila berkata, bagi kanak-kanak, ‘perkenalan’ dengan kopi sepatutnya dimulakan hanya pada usia mencecah lapan tahun. Bagaimanapun, katanya bagi teh dan koko, pengambilan daripada awal tidak menjadi soal kerana kita juga perlu seimbangkan pengambilan makanan. Apatah lagi, teh dan koko mengandungi ejen anti oksidan yang baik untuk kesihatan."Ibu yang menyusukan bayi boleh mengambil minuman berkafein kerana kemungkinan kafein boleh membantu melancarkan lagi aliran susu kepada bayi. Kesan kafein pada bayi yang menyusu badan tidak menggugat kesihatan," katanya.Difahamkan meminum kopi lebih dari­pada tiga cawan boleh meningkatkan risiko barah, tetapi setakat ini tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan itu. Kajian hanya dijalankan kepada mereka yang gemar minum kopi dan sebaliknya, yang mana didapati orang minum kopi memiliki ingatan lebih baik.Bagaimanapun, Prof Suhaila berkata, dalam apa juga pengambilan makanan sekali pun, sifat bersederhana adalah lebih baik kerana setiap perkara itu ada keburukan dan kebaikannya.Kesan pengambilan kafeinPakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Kanimolli Arasu, berkata kesan pengambilan kafein bergantung kepada kekerapan dan jumlah pengambilan bahan itu."Lebih tinggi kesan kepada kanak-kanak kerana saiz tubuh mereka yang kecil. Kafein cepat diserap dan mudah didistribusi kepada seluruh badan dalam masa yang singkat pada kanak-kanak berbanding orang dewasa," katanya.Beliau berkata, secara umum, kanak-kanak yang mengambil terlalu banyak kafein seperti minuman berkarbonat akan kurang minum susu. Ini menyebabkan pengambilan nutrien seperti kalsium berkurangan."Selain itu, pengambilan minuman berkarbonat yang banyak menyebabkan obesiti dan kerosakan gigi kerana minuman itu bukan saja mengandungi kafein malah mempunyai kandungan gula yang tinggi," katanya. Justeru, sifatnya yang diuretic, minuman berkafein memang tidak sesuai untuk kanak-kanak.Beliau berkata, cara terbaik untuk mengurangkan kafein dalam diet kanak-kanak ialah dengan menggantikan minuman berkafein dengan air, susu, jus buah-buahan segar. Kesan pengambilan kafein yang sedikit Mengganggu corak tidur.Meningkatkan degupan jantung.Meninggikan tekanan darah.Kerap membuang air kecil.Tangan terketar-ketar perlahan.Kurang selera makan.Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang banyakResah dan gelisah.Sukar menumpukan perhatian.Sakit kepala.Sukar tidur.Keliru dan kadang-kala berhalusinasi. Kafein dalam pemakananSecara umum kafein lebih banyak ditemui dalam kopi (54 peratus), teh (43 peratus), minuman kola dan ­­ubat-ubatan (3 peratus). Kafein biasanya ditambah dalam sesetengah makanan dan minuman sebagai perasa. Ia menyumbang kepada profil perasa makanan itu secara keseluruhannya.Fakta: KafeinKafein adalah sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah makanan. Kafein dikategorikan dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat lelah.Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebab­kan peningkatan dalam degup jantung dan sifat waspada (alertness). Kebanyakan orang yang sensitif dengan kafein mengalami pertambahan dalam tenaga dan ‘elevation mood’.Ada dalam daun teh, biji kopi, coklat, kebanyakan minuman soda dan sesetengah ubat melegakan kesakitan. Dalam bentuk semula jadinya kafein berasa pahit. Tetapi kebanyakan minuman berkafein yang kita nikmati kini sudah melalui proses untuk menyingkirkan rasa pahit itu. Majoriti remaja yang mengambil kafein menerusi minuman soda, juga mengalami pertambahan jumlah gula dan perasa tiruan.
Fakta: Jumlah kafein dalam minuman
Kopi yang disaring (250ml) 200-250mg
Kopi yang ditapis (250ml) 100-150mg
Kopi segera (250ml) 80-150mg
Kopi tanpa kafein (250ml) 4-8mgT
eh (250ml) 20-200mg
Teh ais (350ml) 12-28mg
Minuman kola (375ml) 30-75mg
Minuman untuk tenaga 375ml 150mg atau lebih
Coklat panas (250ml) 10mg
Coklat bar (200gram) 60mg

ohh...no!!!!!habis la saya......

6 comments:

Anonymous said...

abis laaa...! Tuko minum air mineral aje!

hehehe...

....hooh!...

Anonymous said...

adakh pngmbiln minumn kopi ne mnjejskn atau mgurngkn pluang untuk mngandung?..contohnya sy yg sudh brumhtnga slma 12 thn dan dkurniakn anak lelaki yg kini berumur 11 thn.msalh nya sy suka sarapn pgi dgn minum nescafe p bukn dcmpur susu p dcmpur gula (kira mcm kopi lah jua).jdi adakh itu akan mberi kesn pda sy untuk mndpt anak g?g pun smpai ari ne msh g x ada tnda2 sy mngandung dan lupa sy gtau sy msa ne berumur 34 thn........k tima ksh

tinakartina said...

thanks for the info~~(^^)

Nur Naziha (Ziha) said...

Maksud nya....Dlm Nescafe yg kite minum selama nie ade dadah??

Saidatul Shamsudin said...

btul ke..??

Rina Hj Saad said...

Salam..Skrg ada kopi organo gold yg sgt sedap, kopi diperbuat dr buah gano n kafein hnya 9g je compared to kopi biasa dlm 100g+..saya suka rasa organo gold ni, ada mocha, cafe latte n etc..hrga pun x mahal sgt tp yg penting sgt sedap..klau nk rasa bleh email saya di rinasaad@yahoo.com..

Post a Comment