Pencarian Bidadari Syurga

welcome

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

Aku suka sangat tengok video ni. Terharu sangat. So ni nak kongsi dengan semua....

Pekerjaan cikgu memang mulia. Tapi setiap guru kena faham perbezaan latar belakang anak muridnya..... (T_T)

Pendidikan Zaman Sekarang


Ni aku ambil daripada internet. Bagus sebenarnya. Terutamanya untuk yang bergelar guru. Setiap orang kena peka dengan perkembangan teknologi semasa. Pada aku lah, teknologi tu sangat bagus untuk tujuan pembelajaran dan sangat mebnatu sebenarnya. Cuma pelajar kita kurang pendedahan mengenai kepentingan teknologi. Apa yang mereka tahu sekadar You Tube, Friendster, Facebook, Tagged (ni semua web sosial), Blog ni sendiri. Sebenarnya ada banyak kebaikan guna teknologi untuk pembelajaran. Apa yang penting, pendedahan mengenai ilmu teknologi dan cara penggunaan yang tepat kepada pelajar-pelajar. Nanti tak la jadi macam kes baru-baru ni yang kat Terengganu tu.....
Tengok video ni

Negara China dijangka akan jadi negara yang sangat pantas menggunakan teknologi dalam kehidupan mereka terutamanya untuk pembelajaran. Tapi pada aku, tak payahlah lagi nak bazir kertas dan pokok-pokok yang ada kat dunia ni semata-mata untuk buat surat khabar or buku-buku or fotostat macam-macam bahan. Tapi apa boleh buat, kita masih lagi menggunakan kaedah-kaedah ini kan...

Jenayah Pelajar Perempuan Meningkat


Baru-baru ni, heboh la satu Malaysia pasal isu pergaduhan pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 1 di sekolah di Terengganu. Perkara ni tak akan diketahui umum kalau tak tersebarnya video rakaman tu kat handphone dan internet. ni aku petik dari Berita Harian...
Jenayah pelajar perempuan naik
Oleh Norliza Abdullahbhnews@bharian.com.my
Pertambahan 673 kes dua tahun lalu berbanding 523 pada 2006:
Kajian KUALA LUMPUR: Kajian Institut Sosial Malaysia (ISM) mendapati, kes salah laku jenayah di kalangan pelajar perempuan meningkat dalam tempoh tiga tahun sejak 2005. Pengarah ISM, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata peningkatan itu membimbangkan kerana jumlah kes bertambah kepada 673 pada 2007 berbanding 523 kes pada 2006 dan 514 kes (2005).
Bagaimanapun, katanya pelajar lelaki kekal sebagai golongan paling ramai melakukan kesalahan jenayah iaitu 6,090 pada 2007 berbanding 5,423 kes pada 2006. Katanya, pada 2001, kes salah laku jenayah membabitkan pelajar perempuan sebanyak 100 dan ia meningkat kepada 600 kes dalam tempoh enam tahun. "Pembabitan pelajar perempuan dalam salah laku jenayah memberi amaran kepada semua pihak supaya mengambil tindakan wajar kerana dikhuatiri akan terus meningkat.

"Pelajar perempuan sering dikaitkan sebagai golongan mematuhi disiplin serta tekun dalam bilik darjah dan dilihat mula terkeluar daripada norma hidup apabila turut terbabit dengan jenayah yang lazimnya membabitkan pelajar lelaki," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Mohamed Fadzil berkata, pelajar perempuan berdepan krisis identiti apabila mencecah usia remaja dan dalam proses mencari itu ada antara mereka berdepan kekeliruan yang disebabkan pendedahan kepada beberapa unsur. Katanya, sebagai contoh, aksi lasak dan ganas yang ditonjolkan dalam filem mempengaruhi perlakuan mereka dan pelajar perempuan akan melakukan perbuatan yang dilihat betul seperti bergaduh dan pukul, manakala idola bersifat kasar dan ganas menjadi ikutan. "Kajian juga mendapati, pelajar perempuan yang terbabit dengan kes jenayah berpunca tekanan dan dorongan serta cabaran rakan sebaya.

"Rakan sebaya adalah golongan yang paling rapat dan pengaruh rakan lelaki juga menyumbang kepada salah laku jenayah," katanya. Sifat pelajar perempuan kata Mohamed Fadzil, cuba menguasai dan mereka lebih berani apabila berkumpulan, termasuk mencari rakan untuk melakukan kesalahan bersama. Paling jelas, beliau berkata, pelajar perempuan tidak akan melakukan kesalahan antaranya ponteng sekolah, vandalisme dan penyalahgunaan dadah berseorangan kerana perbuatan secara berkumpulan lebih selamat. Katanya, pelajar perempuan tidak akan terjebak dengan salah laku jenayah jika mereka mendapat perhatian serta didikan yang betul di rumah.
* Kesimpulannya, apa2 pun semua didikan bermula dari rumah. Pihak sekolah sebagai nasi tambah untuk menjadikan seseorang pelajar tu baik akhlak, seimbang sahsiah dan akademiknya. Pihak sekolah tidak boleh diletakkan 100% tanggungjawab untuk mendidik pelajar-pelajar. Ibu bapa yang memainkan peranan yang sangat penting. Tapi budak-budak zaman sekarang pandai. depan mak ayah baik, tapi belakang mak ayah.....