Fesyen atau Kewajipan Menutup Aurat
Posted by
ratu syahadah
/ Wednesday, October 07, 2009 /
Sekarang ni, saya lihat rata-rata fesyen pakaian perempuan ialah jubah. kalau di internet, juga menjual banyak jubah-jubah yang cantik-cantik belaka. Alhamdulillah, perkembangan yang baik. ramai juga yang meminati jubah. Cuma, apa yang saya terfikir, fesyen atau mewajipan menutup aurat. Kadang-kadang saya lihat, ada yang berjubah, namun tidak bertudung dan kalau bertudung, tidak menutup aurat seperti landasan Islam.
Aurat bukan sesuatu yang boleh ditafsir oleh fikiran sendiri tetapi apa yang Nabi kita ajarkan.Jubah memang bagus untuk muslimah tetapi tudung juga memainkan peranan penting dalam proses menutup aurat.
Matlamat utama kita berpakaian ialah menutup aurat. Tudung yang dipakai hendaklah dilabuhkan sehingga menutup dada sesuai dengan suruhan Allah dalam Surah An-Nur, ayat 31 yang bermaksud :
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. "
Sekadar Peringatan.
1 comments:
Benda ni jadi sebab org tak dibawa mentaati perintah Allah dengan "cara Nabi". Sebaliknya orang dibawa mentaati perintah Allah dengan "cara sendiri".
Fesyen pakaian direka pada jubah agar perempuan meminati jubah. Alhasilnya perempuan pakai jubah kerana minat pada fesyen, bukan kerana taat perintah Allah.
Semua perintah Allah perlu dibuat ikut cara nabi. Begitu juga mengajak orang lain kepada perintah Allah pun, mesti kena ikut cara Nabi. Kalau kita ajak orang pada perintah Allah dengan menggunakan cara sendiri, macam-macam padah akan datang.
Umat Islam ada rupa tetapi takkan ada roh...
Post a Comment