Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah:111)
Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!
Hmmmm, dalam kehidupan kita sehari-harian, kadang-kadang apa yang kita usahakan itu, kadang kalanya, tidak membuahkan hasil yang kita harapkan. Contohnya :
1) Sebagai pelajar : kita dah berusaha, menyiapkan segala tugasan yang guru berikan, telah bersedia lebih awal sebelum peperiksaan, sering bertanya guru jika tidak faham, semasa peperiksaan sedang berjalan, kita yakin dengan setiap jawapan yang kita buat. Namun apabila keputusan peperiksaan keluar, hasilnya. Kita jadi kecewa dan putus asa. Kadang2 terlintas di hati kita, adakah kita ini dari golongan orang yang tidak pandai. Adakah kita tidak pandai?
2) Kita berharap agar hubungan kita dengan seseorang akan kekal. Solat hajat, doa selepas solat, beri orang yang kita sayang tu kebahagiaan agar hubungan itu kekal, namun jodoh tidak menyebelahi. Kadang-kadang terlintas di hati kita, mengapa pasangan kita itu sampai hati buat kita macam tu sekali, sedangkan kita telah banyak berkorban untuk dia.
3) Kita telah didik anak sebaik mungkin. Cukup dengan didikan agama, namun anak kita tetap melakukan perkara-perkara yang kita tidak ingin anak itu lakukan. Kita mula berputus asa dengan usaha kita mendidik anak jadi soleh dan solehah.
Jawapannya, kita jangan berputus asa, kerana Allah mahu menguji kesabaran dan kegigihan kita dalam berusaha. Jangan menyalahkan orang lain. Jangan menyalahkan keadaan yang telah berlaku. Sesungguhnya kita tidak boleh mengeluh.....
0 comments:
Post a Comment