Pencarian Bidadari Syurga

welcome

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

APAKAH 8C YANG BUAT SUAMI BENCI ISTERI


Mari membaca email saya dapat dari seorang sahabat. 8C atau perkara yang membuatkan suami benci isteri. Sangat bagus untuk yang bergelar isteri (-: atau yang bakal bergelar isteri. Sebenarnya bukan sahaja boleh dipraktikkan oleh isteri, malah si suami juga sangat sesuai untuk mempraktikannya. Bersamalah kita dalam usaha menjadi muslimah dan isteri solehah. Selamat beramal (-:
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Keluhan........


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah:111)
Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!
Hmmmm, dalam kehidupan kita sehari-harian, kadang-kadang apa yang kita usahakan itu, kadang kalanya, tidak membuahkan hasil yang kita harapkan. Contohnya :
1) Sebagai pelajar : kita dah berusaha, menyiapkan segala tugasan yang guru berikan, telah bersedia lebih awal sebelum peperiksaan, sering bertanya guru jika tidak faham, semasa peperiksaan sedang berjalan, kita yakin dengan setiap jawapan yang kita buat. Namun apabila keputusan peperiksaan keluar, hasilnya. Kita jadi kecewa dan putus asa. Kadang2 terlintas di hati kita, adakah kita ini dari golongan orang yang tidak pandai. Adakah kita tidak pandai?
2) Kita berharap agar hubungan kita dengan seseorang akan kekal. Solat hajat, doa selepas solat, beri orang yang kita sayang tu kebahagiaan agar hubungan itu kekal, namun jodoh tidak menyebelahi. Kadang-kadang terlintas di hati kita, mengapa pasangan kita itu sampai hati buat kita macam tu sekali, sedangkan kita telah banyak berkorban untuk dia.
3) Kita telah didik anak sebaik mungkin. Cukup dengan didikan agama, namun anak kita tetap melakukan perkara-perkara yang kita tidak ingin anak itu lakukan. Kita mula berputus asa dengan usaha kita mendidik anak jadi soleh dan solehah.
Jawapannya, kita jangan berputus asa, kerana Allah mahu menguji kesabaran dan kegigihan kita dalam berusaha. Jangan menyalahkan orang lain. Jangan menyalahkan keadaan yang telah berlaku. Sesungguhnya kita tidak boleh mengeluh.....

RINDUKU PADA RAMADHAN


cepat rasanya masa berlalu. hari ini dah 26 Ramadhan. belum puas menikmati Ramadhan. rasanya baru je berpuasa, berterawikh. pantas masa berlalu. rasanya masih banyak lagi amalan yang sepatutnya dilakukan belum dilakukan. entah sempat atau tidak untuk berjumpa dengan Ramadhan akan datang. wallahualam..
ada sahabat yang menunaikan umrah di kala ramadhan. alangkah beruntungnya mereka. tahun ini tidak dapat menunaikannya. kekangan keadaan yang melanda diri ini.
PERSIAPAN RAYA
tahun ini ala kadar sahaja.keperluan lebih kepada insan2 yang kusayangi. untuk diri sendiri ala kadar sahaja. kuih raya tahun ini, ditempah untuk 2 keluarga...almaklumla.....tahun ini pun tempah juga, kerana kekangan masa dan keadaan diri ini.
tahun ini beraya di mana???ikut sahaja insan-insan tersayang berada di mana.
banyak kisah yang berlaku pada Ramadhan dan Syawal semasa zaman belajar dahulu.kisah suka duka.semua itu sekadar kisah, yang hanya untuk dikenang dan perlu tersenyum sendirian apabila terkenangkannya.dan Ramadhan juga telah menginjakkan umurku ke umur yang baru.dalam bulan Islam. aku lahir bulan Ramadhan.
Tak sabar nak sambut Syawal dengan suasana yang baru (-:
I'm proud to be yours......
terima kasih dengan lagu Bicara Tentang Cinta. makna yang mendalam...
nak berkongsi bersama ;
Bicara Tentang Cinta
Album : Munsyid : UNIChttp://liriknasyid.com

Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan
Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini
Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti
Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi
Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..


Lirik Langkah Tercipta - Unic

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,setiap diri insan.
Allah…Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.


ni lagu baru UNIC yg dalam album baru UNIC yg keluar tahun nini, 2009. banyak lagu yag best...ni salah satu lagunya. aku suka lirik lagu ni..

KISAH PENGGALI KUBUR


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.
1. Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapiapabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
2. Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, kulihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."
3. Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yangaku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, kulihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
4. Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."
5. Aku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belitseluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu." Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
6. Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnyaKering-kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
7. Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
* yang mana kita mahu pilih???? semua pilihan ditangan anda, jalan hidup anda yang tentukan...yang baik diambil ikhtibar....mudah-mudahan kita semua dalam lindunganNYA.AMIN

KISAH UNTUK TELADAN


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.
Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata,
"Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.
Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.
"Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar. "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...
RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..
MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.
YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM.. AMIIINN...

APAKAH DISEBABKAN DOSA????


kadang-kadang hati ni tertanya apa dosa yang dah dibuat selama ini???apakah yang sebenarnya ALLAH nak tunjuk pada aku? apakah yang sebenarnya yang ALLAH nak sedar. aku tidak menyalahkan yang MAHA PENCIPTA LAGI MAHA PEMBERI. aku menylahakan diri aku sendiri. usaha dah ku lakukan, namun semakin banyak masalah yang menimpa diri. kadang-kala aku tertanya, melihat insan-insan disekeliling aku yang semakin berubah. aku sedih. entahlah di mana silap aku. aku semakin takut untuk meneruskan hari-hari yang mendatang, tapi aku tetap kena teruskan. mungkinkah perjuangan aku hanya setakat ini??? dan aku harus teruskan perjuangan yang baru...entahlah.....kekuatan baru harus aku cari, dan aku harus terima apa-apa sahaja yang akan datang....YA ALLLAH, bantulah aku. sesungguhnya aku sangat lemah ketika ini. tunjukkan aku jalan yang terbaik untuk keluar dari belenggu ini.