Pencarian Bidadari Syurga

welcome

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

Berbekam


Baru-baru ni saya sakit kepala yang amat sangat (padahal baru je baik dari sakit perut tu). Sampai meleleh air mata menahan & menanggung azab sakit kepala ni.migrain la katakan.rasa nak tarik je rambut ni. dah la masa kena tu time kerja.dah nak pitam & muntah. tak tahan sangat. inform housemate nak pergi berbekam sebab dah tak tahan. muka dah naik merah time tu. terus minta keluar nak pegi berubat. Sebelum ni pun pernah juga pergi berbekam. Alahamdulillah......lega lepas berbekam. keluar la segala darah kotor yang pekat hitam & berbuih dari kepala. huhuhu....sedih kena korbankan sikit rambut ni.sedihnya (T_T).
Kalau lambat2 buang, nanti boleh kena strok.berbekam baik untuk kesihatan. ni ada artikel saya cari untuk dikongsi bersama....
Bekam atau bahasa Arabnya disebut hijamah bererti mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada bahagian kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu. (Kamus Dewan: 124)
Pendapat sebahagian fuqaha, perkataan hijamah bererti mengeluarkan darah daripada tengkuk dengan cara menghisapnya dengan alat-alat hajam (bekam) selepas dibedah. Al-Khattabi ada menyebutkan bahawa hijamah atau berbekam itu tidak dikhususkan tempatnya di tengkuk sahaja bahkan ia juga boleh dilakukan di mana-mana bahagian badan. (Mausu‘ah feqhiah: 17/14)

Hukum Berbekam
Sepertimana yang kita ketahui, bahawa berbekam itu merupakan satu perubatan tradisional yang sudah lama diamalkan oleh sebahagian orang. Sehingga ada yang menjadikannya sebagai mata pencarian dalam menyara hidup seharian.Persoalan yang timbul adakah perubatan dengan berbekam itu disyariatkan, bolehkah ia dijadikan sebagai pekerjaan dan apakah kesannya terhadap keshahihan sesuatu ibadat?
Perubatan dengan menggunakan kaedah bekam adalah disunatkan dalam Islam malahan ia merupakan di antara sebaik-baik cara perubatan. Sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa buah hadis yang di antaranya sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:
"Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam"
(Hadis riwayat Ahmad)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :
"Kiranya ada suatu perubatan yang lebih baik bagi kamu, maka itulah dengan menggunakan pisau pembekam atau minuman daripada madu atau catukan (pagutan) dengan api dan aku sendiri tidak suka membakar dengan besi panas"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :
Maksudnya: "Kesembuhan itu terdapat pada tiga cara: minum madu, pisau pembekam dan alat pengangus, dan aku melarang umatku membakar dengan besi panas"
(Hadis riwayat Bukhari)

Daripada hadis di atas jelas menyebutkan bahawa berbekam itu salah satu jenis perubatan yang diharuskan dalam Islam. Namun apa yang ingin disentuh di sini ialah hubungan dan kesannya terhadap hukum taharah, puasa dan berihram, dan hukumnya jika dijadikan ia sebagai satu mata pencarian.

Kesan Berbekam Dalam Taharah
Mengikut mazhab As-Syafie, berbekam itu tidak membatalkan wudhu. Sebagaimana dalam kitabnya al-Umm yang menyatakan yang ertinya :
"Tidak perlu berwudhu (tidak batal wudhu) kerana muntah, darah yang keluar dari hidung, berbekam, sesuatu yang keluar daripada badan dan sesuatu yang dikeluarkan daripada jasad selain daripada tiga lubang iaitu qubul, dubur dan zakar. (Al-Umm: 1/14)
Oleh itu, sesiapa yang berubat dengan menggunakan bekam dalam keadaannya berwudhu, maka tidaklah batal wudhunya atau berbekam itu tidak membatalkan wudhu.
Kesan Berbekam Dalam Puasa
Apabila seseorang itu berbekam di siang Ramadhan ataupun puasa sunat adalah dibolehkan dan tidak membatalkan puasa tersebut. Kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam ketika Baginda sedang berpuasa. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya :
"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa"
(Hadis riwayat Bukhari)

Kesan Berbekam Dalam Ihram
Mengikut pendapat Imam As-Syafie, Ashab dan jumhur ulama adalah harus bagi seseorang yang sedang berihram itu berbekam dan tidak dikenakan ke atasnya fidyah, selagi dia tidak memotong rambutnya. (Majmuk: 7/377) Sebagaimana di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Buhainah Radiallahu ‘anhu, beliau berkata yang maksudnya :
"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam di tengah-tengah kepala Baginda di Lahyu Jamal (tempat antara Mekkah dan Madinah) padahal Baginda sedang berihram."
(Hadis riwayat Bukhari)
Jika sekiranya seseorang yang sedang berihram itu hendak berbekam dan terpaksa memotong rambutnya, maka hendaklah dia membayar fidyah disebabkan memotong rambutnya itu.
Menurut Imam An-Nawawi dalam hal ini, jika seseorang yang sedang berihram itu berbekam tanpa tujuan atau hajat lalu terpotong rambutnya maka haram hukumnya. Akan tetapi jika tidak terpotong rambut maka itu diharuskan. (Mausu‘ah Feqhiyah: 17/17)

Berbekam Sebagai Pekerjaan

Pendapat jumhur fuqaha termasuk mazhab Syafie, adalah diharuskan bagi seseorang itu menjadikan hijamah (bekam) sebagai satu pekerjaan dan mengambil hasil daripadanya. Kerana berbekam itu perbuatan yang bermanfaat, mubah (harus) dan orang ramai memerlukannya, maka diharuskan mengambil upah seperti pekerjaan menjahit dan sebagainya. (Mausu‘ah feqhiah: 17/18)
Mereka berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya:
"Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam pernah berbekam dan Baginda memberi (upah) kepada orang yang membekamnya itu, seandainya hal itu haram, nescaya Baginda tidak memberinya."
(Hadis riwayat Bukhari)
Dari penjelasan di atas dapat kita simpulkan bahawa berbekam itu adalah merupakan cara perubatan yang diamalkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam. Yang demikian itu sudah tentu banyak kelebihan dari segi kesembuhan suatu penyakit, sebagaimana diamalkan oleh Baginda sendiri. Oleh kerana itu membekam suatu bidang pekerjaan yang patut diterokai.

Eeeeeeeeeeeee



Kuman ini telah menyerang perut saya hingga saya jadi sakit sangat2.
huhuhu....doktor bagi makan ubat yang banyak...kena cuci perut la ni
tak pe...ni kifarah dosa yg ada


Lelaki sanggup Buat Apa Saja Untuk Wanita Yang Dicintainya???


Ye ke??? Tengok Video ni sampai habis



apa kata anda mengenai video ni??? saya selalu sembang dengan rakan-rakan sekerja lelaki.memang betul.kadang-kadang lelaki menipu bukan sebab takut tapi menghormati wanita sama ada GF or wifenya.dirumah atau apabila bersama dengan teman wanita lain, tapi bila bersama kawan2 di tempat kerja lain pula.mungkin di rumah baik, pijak semut pun tak mati.tapi di tempat kerja???huhuhu dia la jadi raja segala lelaki gedik.hahahaha.apa pun kejujuran tu penting dalam sebuah perhubungan...

mudah untuk meperkatakannya namun sukar untuk melaksanakannya.

Sayangi Bumi Kita


even hari bumi dah lepas pada 22 APRIL 2009...tapi tak salah kan kalau kita ingat selalu
bumi kita semakin tua..dah berjuta tahun usianya
sayangi bumi kita ni...jangan rosak kan lagi dengan bermacam pencemaran
ni ada video klip michael jackson pasal bumi kita
hayatinya.....



teringat dulu zaman sekolah, masa hari bumi kena tanam pokok

mesti time hari bumi hari tu banyak sekolah yang mendidik anak2 murid mengenai kepentingan untuk menjaga bumi ni kan.

tapi habis je sekolah, seolah2 apa yang diajar di sekolah tu dah dilupakan....usaha ni sebenarnya bukan disekolah saja patut sokong..tapi semua pihak & agensi kena terlibat sama.

kalau tengok luar negara...didikan & sokongan pasal sayangi bumi ni bukan di sekolah je...syarikat2 besar pun ambil bahagian.contohnya menggunakan tenaga elektrik hasil dari kayuhan basikal untuk sehari.even sehari pun tapi dah berjaya menjimatkan tenaga yang boleh merosakkan bumi ni.kalau tiap2 hari ada satu syarikat yg buat..hmmm fikirkanlah...

SAYANGI BUMI KITA (^_^)

Wanita Ibarat Epal



wanita ibarat epal
epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi
kerana ia....berguguran ditanahtapi........
epal yg tidak mampu dibeli berada dipuncak
susah di petik susah digapai
kekadang epal itu risau
"kenapa diriku belum dipetik?"
lantas ia merendahkan martabatnya
dan mengugurkan dirinya
menyembah tanah
sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya
sehingga tiada siapa berani memetiknya
hanya pemuda yg benar-benar hebat yang mampu......
mungkin bukan didunia tapi di akhirat..
biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Illahi mengiringimu wahai MUSLIMAH SEJATI

Al Kisah Si Ciput & Si Copot



Just 4 SMILE...

Kisah Ciput & Copot

Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik.
Ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput.
Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah.
Cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau.
Cahye cerah cube culik copot.
Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camber copot cebelum cahye cerah cempat culik copot. Copot cangat cuak.
Ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepatcembunyi.
Ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahye cerah cucah cari ciput came copot.
Ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot...".
Copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah...".
Celepas cejam, cahye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot.
Ciput came copot cangat cuke cebab cahye cerah cudah chow.
Copot cenyum cambil cakap,"copot Caaaaayang ciput cebab ciput celamatkan copot...


* comel tul kisah ni

Inilah Kehidupan





Mengenali seseorang kadangkala membuat kita ketawa
Mengenali seseorang juga kadangkala kita mengalirkan airmata
Sesungguhnya mengenali seseorang mampu memberi sejuta rasa
Marah, sedih, gembira, sayang dan rindu

Tapi sedarkah kita
Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH
Biarpun hadirnya hanya seketika

Fatima


Pandai budak ni...walau kecil..tapi dah tau pasal agama...memang la kalau ikut logik, dia orang Arab memang tak hairan kalau tahu.tapi yang kagumnya...umur dia baru 2 tahun...jom tengok..


best kan kalau dapat anak macam ni...mudah2an.AMIN....

LAGU ARAB


pelik saya ni..tetiba terminat lagu ARAB la pulak...sedap jugak lagu ni.dari NANCY AJRAM...lagu-lagu dia banyak yg best...jom dengar salah satu lagunya..lagu ni sedih..tapi seksi vid klip ni...walau saya tak faham apa lagunya.rasanya pasal pakwe dia ada orang lain kot...ye la tengok la video klipnya....

best kan lagu ni....huhuhu sedih...sob sob sob ;-(

How to Become A TOP STUDENT


Pelik kan????nape la saya bagi tajuk ni...tapi tak kira la walau apa pun saya tetap pelajar lagi walau peringkat yg lain...sebab saya org yg pentingkan kejayaan....mari mencuba tips ni..INSYAALLAH jadi kalau kena dgn caranya & dgn izin ALLAH...

How to become a top student? Simple. Do what the top students do. Successful students use different style and techniques to study, which brings them more success. Copy their methods, and you will also join their rank.Here are the 5 techniques or strategies which almost all top performing students use:

1. They are regular
Almost all successful students study regularly. Because they know that ‘what you give is what you get.’
If you put in regular hours of studying, then you will
learn more, you will get better grades. The idea of scoring high, without doing steady and consistent work is just a pipe dream. Set aside some hours, each day or each week, for studying. This will help you to study regularly. And prevent piling up of study-assignments during exams.

2. Clear goals
“I will score A grade in English.” “I will get 94% in the next exam.” These are definite goals. And all top-performing students have definite, specific goals.
Having such goals give you a purpose to study better. They motivate you and drive you to study more. Helps you to focus your energies and mind power efficiently.
Hence always have definite goals for studying.
But make sure that you do not get carried away. Set realistic goals. The kind of goals which challenge you, but do not seem impossible or too difficult to achieve.


3. Well-planned effort
Once you decide where you want to go, you need a road-map to find out how to reach that place. Well, this is common sense, you might say. Exactly. And this is where successful students differ from ordinary ones. Once successful students set their goal, they sit and plan on how they are going to achieve their goal, what actions they are going to take. How much time they are going to spend on it. For e.g. if the goal is to score A grade in English, what action is needed to achieve this score? Spend more time to study English lesson? Improve grammar? Improve writing skill?... In this way successful students question, analyze and make plans. Then they follow their plans faithfully. Such planned efforts bring more results and more success. It also prevents wastage of time and energy because you know exactly what you need to do to get your goal.

4. Study without strain
Successful students study a lot. But they study without putting strain on themselves. Most students make the mistake of studying too hard or studying continuously for long time. This creates mental tension and actually slows down learning and memory.Studying should be done in a balanced manner.
Try to give a gap between studying two subjects. Take a break for few minutes, after studying for 30 or 45 minutes. Relax, walk around your room or house, or drink some water and return back to studying.
Such short breaks will refresh your
brain and you will learn more.Also, after taking your study-schedule or time-table into account, set aside some time for playing any sport or watching TV or just sitting out and gossiping with your friend.

5. Give it importance
While researching for our complete self-development course called, ‘Success Mindware for students,' we found that students who give importance to studies perform better. They score more and have fewer study problems.Studying is not something you do just because your parents asked you to do it. It’s actually very important for you.
Studying gives you knowledge and skills that will remain with you for the rest of your life. It gives you the ability to get a job and earn money. It gives you financial independence, stability in life, respectability…the list is endless. And successful students recognize the value of studying well. Hence they give lot of
importance to studying.
When you give importance to something, you naturally focus all your attention and energy on it.As you can see from the above five strategies, successful students don’t do anything extraordinary. They just do
the right thing.
And you are not different from them. You can also do it and achieve more success in your studies.

Kisah yang Saya Suka


saya sangat suka lagu in team "RATU SYAHADAH".entah la kenapa.mungkin melodi dan lirik yg dibuat oleh Putra Aiman (Munif Hijjaz) tu menarik dan meleket di hati.saya ada copy paste artikel mengenai Ratu Syahadah (ASIAH).jom........

Rasuluallah s.a.w bersabda: "Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita , mereka itu ialah Asiah Binti Muzahim (iateri firaun) , Maryam binti imran ( bonda isa) , Khadijah binti Khuwalid ( isteri rasuluallah) dan Fatimah Binti Mohamad ( puteri kesayangan rasuluallah ) Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimananya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya ,Firaun yang tidak beriman kepada Allah."Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak. Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak." Ucapan penuh bernilai dari Asiah tatkala menerima siksaan dari Firaun yang dilaknat... Ketabahan Asiah memelihara syahadah mentauhidkan Allah SWT telah diabadikan di dalam Al-Quran Al-Karim. Firman Allah SWT : "Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang² yang beriman, ketika ia berkata : "Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim." (At-Tahrim : 11) Begitulah keteguhan iman seorang srikandi Ummah. Namanya terus terpahat di dalam sirah, sebagai qudwah hasanah kepada kita sebagai umat-Nya. Keberaniannya menjaga aqidahnya seharusnya dicontohi oleh kita semua, khususnya kepada kaum wanita dan umumnya buat kita semua... Semoga kita dikurniakan ketabahan hati seteguh Asiah, mujahidah sejati...amin. ..
best kan kisah Asiah ni.....

Budak Sekolah Zaman Sekarang


apa pandangan anda mengenai budak sekolah zaman sekarang????
pada saya budak sekolah zaman sekarang ni ada macam2 gaya.
paling mudah kalau kita pergi ke shopping complex la.
lihat gelagat mereka.macam org dewasa, tapi kita boleh kenal mereka masih lagi kanak2 sekolah.dengan gaya berpegangan tangan, pakaian yg daring, bercakap dengan kuat dan yg paling menarik gaya pakaian atau gaya team/klik yg sama.semua ini perlakuan untuk menarik perhatian orang disekeliling.pada pembacaan saya, manusia ini suka kepada pembelajaran.pembelajaran di sini bukan sekadar belajar mengenai perkara yg baik sahaja, namun ada pembelajaran yang kurang sesuai atau mungkin lebih tepat sebagai kurang sihat.
mungkin juga disebabkan oleh ;

1) Teori pembelajaran

2) Peniruan dari majalah atau TV

3) Internet (ni sumber yg paling mudah)

4) Artis (baik luar mahupun negara sendiri)

5) Pengaruh kawan-kawan (memang pun dah namanya remaja)

6) Kurang didikan dalam institusi kekeluargaan (mean mak ayah jenis tak kisah)

7) Dunia akhir zaman

Kalau diteliti, budak-budak ni masih sekolah lagi. saya cukup tak setuju kalau dikatakan cikgu tak main peranan dan cikgu tak kisah pun. pada saya cikgu2 dah bertungkus lumus mengajar pelajar2 ini baik akademik mahu pun sahsiah. namun peranan ibu bapa yg paling besar. sebab ibu bapa ialah ahli keluarga mereka. cikgu akan dianggap orang luar oleh pelajar, apatah lagi jika ibu bapa pun tak tegur kesalahan yg pelajar buat. kalau ikut logik, mana budak nak ikut. dia nak buat jahat, cikgu tegur, tapi mak ayah akan kata "ala...budak-budak lagi, biarla nak enjoy sikit"
huhuhuhu.macam mana tu.ada lagi. saya tengok kalau kat FRIENDSTER, pelajar perempuan suka amik gambar buat gaya muncung ala-ala tikus gitu.konon2 macam seksi.masalahnya adik-adik sekalian, tu bukan budaya kita.SALAH SIAPA SEKARANG NI?????

Lagi fakta Tentang Nescafe


















sedap je tengok nescafe kat atas ni.huhu.gambar pun jadi la buat saya terliur. saya ada lagi artikel pasal nescafe. ni pun saya copy paste.ala...susah la saya macam ni.....hari2 saya minum.ni minuman wajib saya.saya ni ketagih nescafe.macam mana ni.huhuhu.jom baca artikel ni

KESAN NESCAFE PADA SETIAP ORANG BERBEZA

MUNGKIN anak anda gemar menikmati secawan kopi setiap pagi sebelum ke sekolah atau anda yang membancuhkannya setiap malam sebagai teman mengulangkaji pelajaran.Kesan pengambilan kafein pada setiap individu berbeza, tetapi secara umumnya kanak-kanak dan dewasa memiliki kesan yang hampir sama. Walaupun tidak ada garis panduan pengambilan kafein untuk kanak-kanak di Malaysia, di Kanada, kanak-kanak tidak dibenarkan mengambil lebih daripada 45 miligram (mg) kafein sehari.Jumlah itu bersamaan dengan kuantiti kafein yang dijumpai dalam 355 mililiter (ml) minuman soda atau empat coklat bar dengan berat 43 gram. Kafein boleh ditemui dengan jumlah yang banyak dalam kopi (54 peratus kafein dalam kopi), tetapi ia juga boleh dijumpai dalam teh, coklat, minuman koko, sesetengah minuman ringan, yang kandungan kafeinnya tidaklah sebanyak dalam kopi.Perlu dijelaskan, kafein memiliki risiko kesihatan terhadap sesetengah pengguna. Anak kecil misalnya lebih sensitif kepada kafein kerana mereka tidak terdedah kepada bahan itu berbanding orang dewasa. Bagi kebanyakan doktor perubatan pula, mereka menyarankan wanita hamil dan ibu yang menyusukan bayi patut mengurangkan pengambilan kafein. Walaupun dalam jumlah sedikit atau sederhana belum dapat dibuktikan boleh mengganggu bayi, tetapi yang selalu ditegaskan dalam kebanyakan kajian, kafein boleh memburukkan masalah jantung atau saraf.Prof Suhaila Mohamad dari Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kafein bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan)."Bagi orang dewasa pula lazimnya sifat yang diuretic menyebabkan individu yang mengambil kafein akan kerap membuang air kecil," katanya. Prof Suhaila berkata, bagi kanak-kanak, ‘perkenalan’ dengan kopi sepatutnya dimulakan hanya pada usia mencecah lapan tahun. Bagaimanapun, katanya bagi teh dan koko, pengambilan daripada awal tidak menjadi soal kerana kita juga perlu seimbangkan pengambilan makanan. Apatah lagi, teh dan koko mengandungi ejen anti oksidan yang baik untuk kesihatan."Ibu yang menyusukan bayi boleh mengambil minuman berkafein kerana kemungkinan kafein boleh membantu melancarkan lagi aliran susu kepada bayi. Kesan kafein pada bayi yang menyusu badan tidak menggugat kesihatan," katanya.Difahamkan meminum kopi lebih dari­pada tiga cawan boleh meningkatkan risiko barah, tetapi setakat ini tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan itu. Kajian hanya dijalankan kepada mereka yang gemar minum kopi dan sebaliknya, yang mana didapati orang minum kopi memiliki ingatan lebih baik.Bagaimanapun, Prof Suhaila berkata, dalam apa juga pengambilan makanan sekali pun, sifat bersederhana adalah lebih baik kerana setiap perkara itu ada keburukan dan kebaikannya.Kesan pengambilan kafeinPakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Kanimolli Arasu, berkata kesan pengambilan kafein bergantung kepada kekerapan dan jumlah pengambilan bahan itu."Lebih tinggi kesan kepada kanak-kanak kerana saiz tubuh mereka yang kecil. Kafein cepat diserap dan mudah didistribusi kepada seluruh badan dalam masa yang singkat pada kanak-kanak berbanding orang dewasa," katanya.Beliau berkata, secara umum, kanak-kanak yang mengambil terlalu banyak kafein seperti minuman berkarbonat akan kurang minum susu. Ini menyebabkan pengambilan nutrien seperti kalsium berkurangan."Selain itu, pengambilan minuman berkarbonat yang banyak menyebabkan obesiti dan kerosakan gigi kerana minuman itu bukan saja mengandungi kafein malah mempunyai kandungan gula yang tinggi," katanya. Justeru, sifatnya yang diuretic, minuman berkafein memang tidak sesuai untuk kanak-kanak.Beliau berkata, cara terbaik untuk mengurangkan kafein dalam diet kanak-kanak ialah dengan menggantikan minuman berkafein dengan air, susu, jus buah-buahan segar. Kesan pengambilan kafein yang sedikit Mengganggu corak tidur.Meningkatkan degupan jantung.Meninggikan tekanan darah.Kerap membuang air kecil.Tangan terketar-ketar perlahan.Kurang selera makan.Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang banyakResah dan gelisah.Sukar menumpukan perhatian.Sakit kepala.Sukar tidur.Keliru dan kadang-kala berhalusinasi. Kafein dalam pemakananSecara umum kafein lebih banyak ditemui dalam kopi (54 peratus), teh (43 peratus), minuman kola dan ­­ubat-ubatan (3 peratus). Kafein biasanya ditambah dalam sesetengah makanan dan minuman sebagai perasa. Ia menyumbang kepada profil perasa makanan itu secara keseluruhannya.Fakta: KafeinKafein adalah sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah makanan. Kafein dikategorikan dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat lelah.Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebab­kan peningkatan dalam degup jantung dan sifat waspada (alertness). Kebanyakan orang yang sensitif dengan kafein mengalami pertambahan dalam tenaga dan ‘elevation mood’.Ada dalam daun teh, biji kopi, coklat, kebanyakan minuman soda dan sesetengah ubat melegakan kesakitan. Dalam bentuk semula jadinya kafein berasa pahit. Tetapi kebanyakan minuman berkafein yang kita nikmati kini sudah melalui proses untuk menyingkirkan rasa pahit itu. Majoriti remaja yang mengambil kafein menerusi minuman soda, juga mengalami pertambahan jumlah gula dan perasa tiruan.
Fakta: Jumlah kafein dalam minuman
Kopi yang disaring (250ml) 200-250mg
Kopi yang ditapis (250ml) 100-150mg
Kopi segera (250ml) 80-150mg
Kopi tanpa kafein (250ml) 4-8mgT
eh (250ml) 20-200mg
Teh ais (350ml) 12-28mg
Minuman kola (375ml) 30-75mg
Minuman untuk tenaga 375ml 150mg atau lebih
Coklat panas (250ml) 10mg
Coklat bar (200gram) 60mg

ohh...no!!!!!habis la saya......

Nescafe oh Nescafe













artikel ini, saya copy paste dari laman internet.
saya ni penggemar nescafe.boleh lah dikatakan addict kot
huhuhu...takutnya lepas baca ni

Nescafe 3 in 1 penyebab sakit buah pinggang?????

Air nescafe!! huh sungguh umphh.. Memang ramai lelaki yang gemar dengan minuman ini, lebih-lebih lagi budak-budak bujang atau berada di Universiti. Sebab apa? sebab lazat and stim owh!!. Bangun pagi mesti ada air ni. Layan beb! Aku bukan perokok tapi aku penggemar cofee. Tapi bila aku terima email tentang Nescafe 3 in 1, aku sungguh hampa sekali! Ingat rokok je leh sakit tapi nescafee pon leh sakitlah? Kene bertukar ke coffee yang lebih mahal lah… atau kopi yang hampeh rasanya!
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir.Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa..5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan “Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)”
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dariselain susu.5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya7. Elakkan mandi selepas makan8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecahtanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari..9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat..
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
Huh macam mana plak kopi Super Power, CNI, Power Root 3 in 1 dan yang lain-lain? Ni pasal 3 in 1 kan, so yang tak 3 in 1 punya nescafee leh lah minum erk. Ahaha. Entah betul atau tidak atau rekaan semata-mata!! Para Saintis, cikgu, lecturer, professor!! Cepat buat kajian!!

so macam mana???ada tak sesiapa yg boleh tolong saya atasi ketagihan saya ni?????

Ayat-ayat Cinta


saya suka lagu ni.movienya dan novelnya......kenapa?????jawapan dalam hati :-)

ketabahan, kecemburuan, keimanan seorang wanita bernama Aisha...hayati kisahnya, bukan hayati pelakonnya... :-)

Di Pondok Kecil


ini lagu kesukaan saya masa saya zaman kanak-kanak.tapi dah dinasyidkan semula oleh bazli dan adik2 aeman.rindu pada ayah saya.selagi masih ada saya kena hargai ibu dan ayah saya.juga pada adik beradik saya yg lain.semoga mereka dilindungi hidayah ALLAH. amin.teringat zaman saya tadika dulu.suka sangat nyanyi lagu ni.ustazah saya dulu selalu didik dengan lagu2 nasyid.sekarang pun dah banyak nasyid....bagus lah.sebab nasyid mendidik jiwa dan jiwa akan tenang kalau dengar nasyid....lagi satu saya suka lagu nostalgia (shoutul amal).saya ada lagunya, tapi tak ada video klipnya....ada ker????ntah la.....sape-sape yg ada boleh la share

Hati Tak Tenang


Hati ni tak tenang...sebab ada sesuatu yg menimpa.perkara yg kita dah jaga elok2, dah ada perubahan, dah nampak kebaikan dan peningkatan, tapi disebabkan kelupaan yg kecil, akhirnya terpaksa berubah segalanya.tak ada siapa harap perkara tu berlaku apabila kesilapan yg lalu dah jadi pengajaran baut diri, namun kelupaan yg kecil membuatkan hati ini sedih, terkilan.harapnya apabila dijatuhkan hukuman, ada perubahan yg sangat baik.masa depan itu penting

KADANG-KADANG


Kehidupan semakin hari semakin sibuk. banyak perkara yg berlaku dan terjadi pada diri.kadang-kadang apa yg telah dirancang, tidak menjadi.berubah tiba-tiba.dan kadang-kadang juga jadi stress.kadang-kadang hati ini jadi takut,dan kadang-kadang rasa geram.inikah kehidupan????hmm...tapi tak semua itu pahit kan.kehidupan manusia penuh warna warni dan pahit manis.life must go on.....