Pencarian Bidadari Syurga

welcome

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

AYAT AL-QURAN vs ILMU PENGASIH



Sekali pandang tajuk ni, saya rasa gerun pulak tengok word yang belakang tu. Ilmu Pengasih. Selalunya, dalam masyarakat Melayu (saya tak pasti, masyarakat lain ada ke tak), ilmu pengasih ni memang kuat sejak zaman nenek moyang dulu kala lagi.


Bila orang menggunakan ilmu pengasih???

Hmmm, persoalan ini yang saya jelas jawapannya, kalau seseorang tu sukakan seseorang yang lain. Senang cerita, macam ni. Katakan A suka B. But A tak pasti B ni suka atau tak, atau B ni memang tak suka A tapi A nak juga dapatkan B, atau A takut B terlepa
s ke tangan orang lain. Maka A ni pun gunalah ilmu pengasih. Jumpalah bomoh ke, pawang ke, apa ke, dengan tujuan hajatnya untuk mendapatkan orang yang diinginkan. Wallahualam........Nauzubillah.

Maka si A akan mendapatkan tunjuk ajar dari orang-orang yang dijumpainya, dan mengikut segala tunjuk ajar (of course sesat la kalau bukan dari ALLAH) yang diperturunkan oleh tok moh, tok wang tu. Hehehehe..... Apa saja cara sekalipun akan diikuti, asalkan hajatnya tercapai.

Tak kisahlah bayar akadnya berapa sekalipun (dah macam akad nikah pulak. Heh. Tapi ni bukan akad nikah, ni akad dengan orang yang membantu. Wallahualam ). Orang macam ni, sanggup buat apa saja la kan, asalkan hajatnya tercapai. Maka si A tadi akan menyeru-nyeru nama si B supaya ingat akan si A. Ada jugak yang guna minyak dagu la, minyak senyonyong la, dan entah apa lagi la minyak yang saya tak tahu (saya tahu minyak masak je). Pelbagai cara dan akedah, namun matlamatnya sama iaitu AGAR ORANG YANG DISUKAI TU INGAT KEPADA DIRINYA DAN HATI SENTIASA PADA DIRINYA....huh, macam seram jerk bunyinya. Bila dah terkena, of course si B ni hengat je kat si A. Kesian kan, menerima CINTA TERPAKSA TANPA DISEDARI DIRI DIGUNAKAN. macam tak natural lak pulak. Sebab cinta tu, semoleknya jangan dipaksa. Sebab, kalau dah jodoh tak kemana kan. ALLAH lebih tahu dalam hal-hal ni.



Apa sebab orang buat macam ni???
Pada saya, orang macam ni tak ada kesabaran. Takut dan tak percaya pada diri sendiri. Takut diri tak laku, takut diri tak ada orang nak, barangkali juga cemburu dengan kebahagiaan orang lain yang dah kahwin, tapi diri dia tak kahwin-kahwin lagi, atau takut orang yang dia suka terlepas ke tangan orang lain. So maknanya orang macam ni , tak boleh terima ketentua
n yang ALLAH tetapkan. Sedangkan dia sendiri tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sebab hanya ALLAH saja yang tahu kan.

Dalam bab jodoh, ALLAH dah tetapkan jodoh kita dengan siapa. Cuma sebagai manusia, kita kena berusaha la. Tapi bukan dengan cara yang macam di atas tadi. Sebagai manusia, kita kena buka jalan mengenai bab jodoh. Tak perlu la terlalu nak 'rush' atau cepat kalau belum bersedia.

Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita memang di seru untuk memilih teman hidup dan mendirikan rumah tangga. Namun begitu, andainya kita memilih cara seperti dia atas dalam urusan jodoh, adakah hati kita akan bahagia. Sudah pasti setiap hari kita risau dan cemburu dengan aktiviti pasangan kita. Apalagi jika dah berkahwin, kita buat macam-macam pada pasangan kita. Jijik rasa nak cerita.

saya lebih percaya kepada ayat-ayat di dalam
Al-Quran dalam urusan hati ini. Hanya pada ALLAH kita memohon. Memohon dengan ALLAH, kita tak perlu bayar sesen pun. Cukup dengan amalan kita yang ALLAH perintahkan, kemudian, doa dan yakin ALLAH pembantu kita. Mudah sahabat-sahabat, bacaan Al-Fatihah, kita sedekahkan kepada insan yang kita sayang, INSYA ALLAH, ALLAH akan membantu hatinya dengan hati kita bersatu. Rohnya dengan roh kita aka ada tarikan semulajadi yang luar biasa. Cumanya, niatkan kerana ALLAH, jodoh kerana ALLAH dan berkahwin kerana ALLAH.

“Jodoh ketentuan di tangan Tuhan”. Itulah ungkapan yang sering kita dengari apabila berbicara tentang soal hati. Malah ada yang sudah berputus asa dan rasa muak dengan ungkapan tersebut kerana sudah sering mendengarnya setiap kali usai meluahkan rasa hati kepada seseorang. Jangan sekali-kali kita berputus asa daripada rahmat Allah sebaliknya, sandarkan lah perjalanan hidup kita kepada ketentuan Qada’ dan Qadar, iaitu takdir yang baik mahupun yang buruk. Itu adalah syarat pertama jikalau kita mahu mencari pasangan hidup, dengan tujuan kerana ingin mendapatkan keredhaan-Nya. Jika kita hanya mencari pasangan kerana terikut-ikutkan keadaan semasa di sekeliling kita, atau hanya kerana suka-suka, nescaya tujuan kita itu tidak disandarkan kepada iman sepenuhnya dan nescaya hati kita akan gundah-gulana dan bagaikan dirobek apabila pilihan di hati tidak menjadi kenyataan.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Amalkan surah Al-Fatihah, sedekahkan kepada insan yang kita sayang dan suka, INSYA ALLAH, ALLAH akan membantu..

* semoga kita semua mendapat hidayah ALLAH dan berjumpa dengan jodoh yang baik. Kepada yang telah berjodohan (macam saya, heheheheh. Gatal la pulak) Pelihara jodoh dengan baik, amalkan surah-surah di dalam al-Quran, niatkan kepada ALLAH, semoga aura-aura ayat al-Quran memelihara hubungan itu. AMIN....





2 comments:

Suhadi Sahari said...

19 ebook kebatinan, pengasih, pendekar.. hanya jauhari yg mengenal maknikam. Huallahu 'alam.

http://www.seniwira.com

Ismi Ijmi said...

Assalamualaikum. lawatan pertama

Post a Comment