Pencarian Bidadari Syurga

welcome

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

Guru


Guru oh Guru!
Usman Awang


Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara
Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka
Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .

Teringat siri UPIN & IPIN, bila ketua kelasnya bagi ucap "SELAMAT PAGI CIKGU", siap dengan gaya semangat lagi. haha.
Apa pun, tu la tugas guru. Mengajar menulis membaca mengira.mungkin konteks 3M lebih kepada sekolah rendah or tadika. Namun konteks guru zaman serba mencabar ni, lebih banyak lagi. Guru perlu mengajar pelbagai kemahiran kepda anak2 muridnya. Tambah pula zaman IT macam sekarang ni, even cikgu2 yang dah berusia pun perlu mahir mengenai penggunaan IT. Tambah pula pengajaran sekarang ni lebih banyak menggunakan komputer. Kadang2 pelajar lebih expert pasal IT ni berbanding guru2.

Kalau kita lihat, pengorbanan seorang guru tu terlalu banyak. Guru ni ibarat engineer kepada pelajar2. Kenapa saya kata engineer???? Cikgu ni kena jadi macam2. Doktor, kerani, polis, ibu @ bapa, peguam, dan macam2 lagi la. Doktor bila mana pelajar tu sakit @ luka di sekolah, polis apabila pelajar langgar kes disiplin, kerani apabila menaip pelbagai surat & kertas soalan @ bahan pengajaran, peguam bila mana guru itu nak jatuhkan hukuman. hebat kan seorang guru tu. Demi melahirkan seorang engineer, seorang doktor, seorang peguam yanag bakal menerajui anak bangsa akan datang.

Tapi apa yang berlaku zaman sekarang?????Guru senang2 dikasari oleh pelajar, senang2 disaman oleh ibu bapa pelajar sedangkan anak2 dia mendapat ilmu dari guru itu dan dia juga satu ketika dulu pernah berguru. Rasa hormay terhadap guru tu dah kurang dalam masyarakat kita. Maaf cakap la, kalau kita tengok pelajar sekolah cina, bagaimana seorang pelajar itu menghormati guru. Dan saya pernah tersentuh, bagaimana seorang pelajar saya yang berbangsa cina pernah berkata ;

"cikgu, mak saya kata kita kena hormat cikgu, sebab cikgu yang bagi saya ilmu. maka saya pesan, jangan kurang ajar dengan cikgu. Saya tak kisah kalau cikgu minta tolong saya" kata pelajar itu dalam pelat cina nya.

dan pada ketika itu juga didengari oleh pelajar bangsa melayu...dan membuatkan semua pelajar terdiam. Rasa terharu.

Tapi pelajar2 zaman sekarang ramai dah tak hirau keberkatan ilmu tu. Dan ada yang langsung tak nak dengar nasihat guru. Saya kurang bersetuju apabila ada orang mengatakan guru selalu merungut bila pelajar tak dapat ilmu yang diajari, bila pelajar lambat. cuba kita fikirkan, bukan seorang yang guru tu ajar. Dalam sekolah ada ramai pelajar. Mungkin ada yang mencecah angka 2000 orang. Memang ada ramai guru, tapi harus diingat bukan sam dengan jumlah pelajar. Paling ramai pun dalam 80 orang. So macam mana???? Memang tu tugas dan tanggungjawab, tapi macam mana usaha tu tak dihargai oleh pelajar dan ibu bapa pelajar?????

Yang ibu bapa tau, nak salahkan guru bila anak buat kes disiplin, bila anak tak dapat markah yang tinggi dan lebih teruk ada yang mengatakan guru sengaja sabotaj anak dia.....apa kes????banyak lagi kerja lain yang cikgu boleh buat.

Apa pun, kalau kita berpegang pada ajaran Islam, pegang pada agama, adab dalam berguru dan menuntut ilmu, perkara2 yang macam2 tak kan berlaku. Bukan semua pun pelajar macam tu. Ada ramai lagi yang menghargai pengorbanan guru.

Buat guru2 saya yang pernah mengajar saya dulu hingga saya berjaya, TERIMA KASIH CIKGU...JASAMU KU KENANG.

1 comments:

Kotak Hati said...

Selamat Hari Guru..hu3

Post a Comment