Riwayat Bidadari syurga
Posted by
ratu syahadah
/ Friday, March 06, 2009 /
Ini buku terbaru yang saya beli. Sangat menarik. Hasil tangan Munif Ahmad, penyanyi nasyid Hijjaz. buku ini mengisahkan rawayat srikandi Islam zaman Rasulullah S.A.W. Apabila membaca buku ini, saya menjadi sangat cemburu dengan kisah hidup srikandi Islam seperti Khadijah, Aisyah, Masyitah, Maryam, Khaulah dan ramai lagi. Ada diantaranya nama yang saya tidak pernah dengar. Betapa ceteknya ilmu saya mengenai srikandi Islam. Ramai srikandi Islam yang memperjuangkan kebangkitan Islam semasa zaman Rasulullah dan selepas zaman Rasulullah. banyak kisah menyayat hati saya dalam Riwayat Bidadari Syurga. Dalam ketegasan ada kelembutan, dalam kelembutan ada keberanian, dalam keberanian ada sifat keibuan yang akhirnya berjaya meninggalkan sejarah yang hebat dalam perjuangan Islam.
Saya tertarik dan berbekas di hati saya mengenai kisah Ratu Syuhadah, Asiah isteri Firaun. Ketaatan seorang isteri terhadap suami yang kufur kepada Allah, namun hatinya tetap sujud kepada Ya Raab. Cemburunya........alangkah indahnya jika...................
0 comments:
Post a Comment