Pencarian Bidadari Syurga

welcome

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

BUAT BAIK KEPADA ORANG YANG BUAT JAHAT KEPADA KITA


Teringat satu kisah zaman Rasulullah s.a.w. Sudah lama saya dengar kisah ini, tapi tadi, ada seorang sahabat mengingatkan kembali kisah ini. Kredit kepada sahabat saya itu. Pada zaman Rasulullah s.a.w mula-mula nak berdakwah, ramai orang kafir Quraisy menentang. Tetapi kisah yang saya nak kongsi ni, bukan kisah masa yang biasa kita dengar. Ya, mungkin kawan-kawan ada yang dah tahu pun, tetapi tak apa lah kan. Ni halaman saya, jadi saya nak luahkan segalanya di sini.

Rasulullah s.a.w, memang akan solat berjemaah. jadi dikisahkan, semasa Rasululullah s.a.w nak ke masjid untuk solat berjemaah, Rasulullah akan melalui rumah seorang tua. Perkara yang berlaku ialah, setiap kali waktu Rasulullah s.a.w melalui rumahnya, orang tua itu akan membaling batu, najis dan pelbagai benda lagi ke arah Rasulullah s.a.w. Tetapi baginda tidak pernah memarahi orang tua itu. Begitulah perkara yang berlaku setiap hari kepada Rasulullah s.a.w setiap kali melalui hadapan rumah orang tua itu.
sehinggalah pada suatu hari, semasa Rasulullah s.a.w melalui di hadapan rumah orang tua itu, orang tua itu tiada di tingkapnya seperti biasa. Rasulullah s.a.w bertanya kepada sahabatnya. Sahabatnya menjawab, orang tua itu sedang sakit. Rasulullah s.a.w pun melawat orang tua itu di rumahnya. Orang tua itu menitiskan air mata sebaik melihat Rasulullah s.a.w melawatnya kerana budi pekerti Rasulullah s.a.w yang mulia. Rasulullah sedikit pun tidak membalas perbuatan orang tua itu.

Hmmmm...begitulah mulianya hati Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan dakwahnya. Jika kita kaitkan dalam kehidupan kita seharian, pasti kita akan menemui orang yang pernah melukakan hati kita. Cuba kita nilai semula diri kita. Jika ada individu yang melukakan hati kita, pasti kita sukar untuk memaafkannya. Apalah kita jika nak dibandingkan dengan dugaan yang diterima Rasulullah s.a.w.

Kita kadang-kadang sering menganggap diri kita ini hebat, kita yang terbaik, kita yang bagus. Namun kadang-kadang, orang yang melihat kita, akan pandang pada sebaliknya. Ya, kerana pandangan manusia itu berbeza.

Ada orang yang rasa hebat kerana dia pandai dalam agama, pandai dalam berdakwah, pandai dlaam berbicara hal agama, termasuk dakwah dalam blognya (memang blog tu hak peribadi masing-masing). Orang yang melihatnya nampak dia hebat, gah dengan namanya yang terkenal (tak kisah lah peringkat apa pun). Namun, hakikatnya berbeza dengan orang yang pernah rapat dengannya.

Kadang-kadang orang macam ni nak tutup kelemahan yang dia ada. Nak tutup kekurangan yang dia ada. Bila orang lukakan hatinya, buat salah padanya, orang macam ni akan kenang sampai mati. Mungkin juga jatuh pada tahap BENCI or MENYAMPAH. sampai ke tahap, JANGAN MUNCUL DEPAN AKU LAGI (masih ramai orang macam ni, yang sedihnya pendakwah yang asyik ajak orang jangan benci saudara sesama Islam pulak tu ada yang buat). So orang macam ni macam mana??? CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Apakah dia hanya berkata-kata tanpa beramal???

Sebab itu, dalam Islam, kita dianjurkan untuk berlapang dada. Kata maaf itu, bukan bermakna memaafkan sahaja. Tetapi istilah JANGAN MUNCUL DEPAN AKU LAGI, BENCI, MENYAMPAH, itu seharusnya dipadamkan. Bukan MARAH apabila ada bayang-bayang masih ada. Kadang-kadang akan wujud unfinished business dalam pihak yang satu lagi.

Renung-renungkan kisah Rasulullah s.a.w ini, (walaupun memang ada kisah Rasulullah yang sukar melupakan isu memaafkan orang ini).

Bila kita anggap diri kita sahaja yang bagus, tapi ada orang lain yang anggap kita banyak kekurangan. Contohnya, marah orang kalau orang tak nak bagi guna barang, meja, tempat, hatta bilik sekalipun. Kena fikir kenapa orang itu tak nak bagi guna. Mungkin kerana barang itu bukan hak dia, atau ada amanah dari orang lain, atau mungkin itu barang kesayangan dia. Kita jangan cepat menuduh atau berprasangka dengan mengatakan orang itu tak nak tolong kita. Mungkin ada sebabnya. Tu la kalau sentiasa anggap diri kita ini hebatkan...

Hmmm...itu lah kehidupan sehari-harian kita yang kita akan jumpa dengan bermacam-macam orang......dan ragam.

Apa yang penting, BERLAPANG DADA, MEMAAFKAN ORANG DENGAN IKHLAS.......
mudah-mudahan kita semua tergolong dalam insan yang mudah memafkan dan berlapang dada. Semoga kita juga dilindungi ALLAH senantiasa




BINGKISAN BUAT ADIK-ADIKKU


Adik-adikku, terimalah bingkisan daripada kakak. Jika pelbagai persoalan yang sering adik-adik persoalkan kepada kakak, kini kakak menjawab segala persoalan adik-adik



Semoga, segala persoalanmu telah terjawab adik-adikku

19 KEISTIMEWAAN WANITA & 6 WANITA MALANG


19 KEISTIMEWAAN WANITA
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
6 JENIS WANITA MALANG
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Lagi Bingkisan Mengenai Aurat


Saya tertarik dengan iklan negara Arab ni. Memang dalam kehidupan kita seharian, kita dikelilingi makhluk yang dilaknat ni. Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat dan setiap detik, makhluk ni sentiasa cuba menghasut, menggoda dan menyesatkan umat manusia. Hidup dalam darah manusia. Sebab itu kita disuruh solat, membaca al-Quran, mengingati Allah dan banyak lagi amalan-amalan yang perlu dilakukan. Ambil iklan ini sebagai ikhtibar...

~ Wallahualam ~

Lagi Mengenai Kewajipan Menutup Aurat


Kali ini saya ingin membincangkan lagi mengenai wanita dan aurat. Ramai yang memandang ringan berkaitan hal ini. Sedih jika kita lihat wanita zaman sekarang ini. Wanita diciptakan dengan tabiat cinta berhias, berdandan, dan indah dalam berpakaian dan lain-lain. Namun Islam mengatur semua itu dengan sebab tertentu dipergunakan pada tempat serta situasi tertentu. Kenyataan di masyarakat adalah lebih banyak wanita yang menghamburkan wang untuk kepentingan pakaiannya, perhiasan, alat-alat kecantikan, rambut dan hiasan-hiasan remeh dan berlebihan lainnya. Padahal semuanya tidak akanmenambah kemajuan perekonomian dan tidak akan meningkatkan taraf hidupmasyarakat. Bahkan sebaliknya dapat menambah beban masyarakat jika dilakukantidak menurut aturan Islam. Abul A'la Al Maududi dalam bukunya Al Hijab, memaparkan secara terinciajaran-ajaran Islam dalam rangka mewujudkan tatanan masyarakat yang bersih,suci, dan terhormat. Tatanan masyarakat ini memerlukan beberapa aturanpengokoh, antara lain berupa pembenahan batin (ishlahul bathin), hukumpidana (jinayah), dan tindakan pencegahan.Kewajiban bagi wanita muslimah untuk mengenakan jilbab merupakan upayapencegahan terhadap tindakan-tindakan yang merusak dalam segala bentuknya.Wanita muslimah dilarang ber-tabarruj (bersolek) ala jahiliyyah. Di dalamnyatermasuk pula larangan untuk mengenakan pakaian yang mencolok atau menarikperhatian dengan tujuan memamerkan diri. Rasulullah Sawbersabda:"Barangsiapa berpakaian untuk berbangga-bangga (atau memamerkandiri), maka di Hari Akhir Allah akan memakaikan kepadanya pakaian kehinaan,kemudian membakarnya bersama-sama". Riwayat yang lain: "Siapa yang memakai pakaian mencolok mata, maka Allah akan memalingkan pandanganNya dari orang tersebut hingga ia menanggalkannya".
Setiap wanita diwajibkan menutup seluruh tubuhnya (kecuali muka dan telapaktangan) dari pandangan laki-laki bukan muhrim. Mereka tidak dilarangmenampakkan zinat (perhiasan) nya kepada beberapa golongan laki-laki danwanita, sebagai tersebut dalam QS 24:31.Taklif (pewajiban ) hijab ini, sebenarnya tidak hanya tertuju kepada remaja dan pelajar atau mahasiswi, melainkan suatu kewajiban umum atas wanita yang harus dilaksanakan sejak baligh hingga masa tuanya.Hijab bukanlah sisa peninggalan adat atau kebiasaan wanita Arab, sehingga wanita bukan Arab tidak perlu menirunya. Tetapi hijab adalah satu hukum yangtegas dan pasti dari Allah Swt. Melanggar atau tidak mengakuinya berartimengingkari salah satu hukum Islam yang esensial. Banyak sejarawan Barat menganggap jilbab sebagai peninggalan kebiasaanbangsa bangsa non Islam yang kemudian memeluk agama Islam. Padahal jilbab adalah salah satu dari kewajiban yang mempunyai hukum dan falsafahnya sendiri dalam Islam, yaitu syari'at Ilahi yang dengan tegas termaktub dalam Al Qur'an dan Hadits Nabi (Surah 33:59,24:31).
'Aisyah ra berkata: "Pernah aku berhias lalu pergi ke tempat kemenakanku, Abdullah bin Tufail. Lalu Nabi Saw tidak menyukainya. Kukatakan:"Ya,Rasulullah! Dia adalah kemenakanku, lalu beliau bersabda:"Jika telah tiba masa haidnya, seorang wanita tidak dibenarkan menampakkan anggota badannya kecuali muka dan ini (sambil beliau memegang telapak tangannya".Wanita yang telah mengalami masa menopause (terhentinya haid) mendapatkan keringanan hukum dengan kebolehan tidak menutup rambutnya dan lengannya sebagaimana firman Allah dalam QS.An Nuur:60.
Konon, sebelum turun ayat 31 surah An Nuur, kaum wanita biasa menutup kepala saja, tetapi leher, bagian dada, dan bahkan kedua belah daun telinga merekabiarkan terbuka. Dalam ayat tersebut terdapat kata-kata:".....dan janganlah mereka menampakkan zinat (perhiasan) nya, kecuali yang (biasa) nampak darinya....".Tafsir al Kasysyaf mendefinisikan zinat sebagai segala sesuatu yangdipergunakan oleh kaum wanita untuk berhias. Contoh zinat yang tampak danboleh ditampakkan ialah cincin, celak, dan pewarna kuku (alami). Sedangkan zinat yang tak tampak dan dilarang menampakkannya kecuali kepada orang-orang tertentu sebagaimana dalam lanjutan ayat QS24:31 meliputi antara lain:gelang tangan, gelang kaki, kalung, tali pinggang, dan anting-anting. Az Zamakhsyari, pengarang tafsir ini, lalu menjelaskan segi falsafah hukumkeizinan memperlihatkan zinat yang tampak, bahwa ia hanya terletak di duatempat, yaitu wajah dan kedua telapak tangan.Imam Fakhrurrazi dalam tafsir al Kabir berpendapat sama dan senada denganpendapat az Zamakhsyari tersebut di atas. Diriwayatkan dari Ali bin Ibrahim al Qumi, dari Abi Ja'fat (Imam al Baqirra), beliau menyatakan bahwa zinat yang tampak terbagi tiga:a. Untuk umum: pakaian, celak, cincin, pewarna kuku (alami), dan gelang.b. Untuk muhrim: leher ke atas, lengan, dan pergelangan kaki ke bawah.c. Untuk suami: seluruh tubuh wanita.Menurut Abul A'la al Maududi, arti ayat "kecuali yang biasa tampak darinya "adalah zinat wanita yang terpaksa tampak, kendati pria berminat memandangnya. Allah SWT telah menegur para wanita muslimah agar mereka tidak menampakkan zinat yang dapat mereka tutupi di hadapan lelaki bukan muhrim,dan telah mengizinkan menampakkan zinat yang terpaksa tampak sebatas keperluan saja, seperti wajah dan telapak tangan, dengan syarat: niat mereka harus luhur dan tidak semata-mata ingin memamerkan kecantikan di hadapan laki-laki bukan muhrim. Lalu setelah itu, bila tampak sebagian dari anggota badannya yang lain karena suatu sebab darurat, maka Allah akanmengampuninya. Misalnya karena sesuatu lain karena suatu hal seorang wanitaterpaksa membuka lengannya atau betisnya. Andai kata dalam kedaruratan ini ada lelaki yang masih mencari kelazatan pandangan, dia sendirilah yang akan menanggung risiko dosanya.Para mufassir seperti Ibnu Mas'ud, Ibnu'Abbas, Mujahid, dan Atha' sepakatbahwa maksud ayat "kecuali yang biasa tampak darinya" adalah kaum wanita diizinkan menampakkan sesuatu yang terpaksa tampak sebatas keperluannya,bukan untuk memikat dan menarik perhatian lelaki bukan muhrim.Kaum wanita mu'minah yang ingin menjalankan hukum-hukum Allah dan RasulNya,dan tidak ingin jatuh ke lembah fitnah, dapat menentukan sendiri pemakaiannya menurut situasi dan kondisi yang dihadapi, karena dalam hal inisyari'at tidak menentukan hukum yang pasti.
Persyaratan Lain Pakaian Wanita Menurut Ajaran IslamNabi Saw.bersabda:"Termasuk golongan ahli neraka, wanita yang berpakaian,tetapi (sebenarnya) telanjang". Maksudnya, meskipun pakaian sudah menutupaurat dan longgar, masih bisa timbul fitnah jika beberapa persyaratan laintidak dipenuhi, yaitu: tebal, tidak mencolok dan menarik perhatian, tidak menyerupai pakaian laki-laki, dan tidak menyerupai pakaian orang-orang non muslim baik secara mutlak (keseluruhan) maupun sebagian sehingga terjerumuske dalam dosa-dosa seperti yang mereka lakukan (QS.5:51).Beberapa hadist lainnya menyebutkan.Pernah Asma binti Abu Bakar mengunjungi 'Aisyah ra, kakaknya. KetikaRasulullah melihat bahwa pakaian Asma tidak cukup tebal, beliaupunmemalingkan muka seraya berkata:"Jika seorang wanita telah akil baligh, takada anggota badannya yang boleh kelihatan kecuali ini dan ini (beliau menunjuk muka dan telapak tangannya)".Pada kesempatan yang lain, ketika Rasulullah melihat seorang wanita memakai pakaian yang tipis, ia bersabda:" Bukanlah wanita yang beriman kepada surah An Nuur (tersebut di atas) yang menggunakan pakaian seperti ini".Rasulullah melaknat laki-laki yang bertingkah laku seperti wanita dan wanita yang bertingkah laku seperti laki-laki (HR,Abu Dawud,Ahmad).
4. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah mengutuk laki-laki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian laki-laki.
5. Diriwayatkan dari Ibnu 'Umar, Rasulullah Saw. bersabda:"Barang siapa meniru atau menyerupakan cara hidup suatu kaum, maka sesungguhnya dia termasuk golongannya".
6. Diriwayatkan oleh Ibnu 'Umar, Rasulullah Saw. bersabda:"Siapa yang menirucara hidup orang musyrik hingga matinya, maka dia akan dibangkitkan di Hari Akhirat nanti bersama-sama dengan mereka".Untuk menghindari fitnah seksual dan fitnah sosial, para wanita tidak cukup hanya menutup aurat dengan jilbab, tetapi juga dengan pakaian taqwa. Maka janganlah berikhtilath dan waspadalah terhadap fitnah-fitnah: mulut(QS.33;24:19), suara (QS.24:31), berhias (QS.33:33), pandangan QS.24:31),dan fitnah pakaian itu sendiri serta cara Rasulullah Saw. bersabda: "Bila seorang wanita memakai wangian, lalu ia berjalan melewati majlis (laki-laki dengan maksud untuk menarik perhatian/nafsu syahwat), maka bererti ia telah melakukan (perzinaan)" HR.Muslim)."Wangi-wangian lelaki hendaknya yang kuat baunya tetapi tak berwarna,sedangkan wewangian wanita hendaknya yang nyata warnanya namun ringan baunya" (HR.Turmudzi dan Abu Dawud)."Jika salah seorang wanita di antara kamu hendak mengunjungi masjid,hendaklah jangan memakai wewangian" (HR.Muslim).

Fesyen atau Kewajipan Menutup Aurat


Sekarang ni, saya lihat rata-rata fesyen pakaian perempuan ialah jubah. kalau di internet, juga menjual banyak jubah-jubah yang cantik-cantik belaka. Alhamdulillah, perkembangan yang baik. ramai juga yang meminati jubah. Cuma, apa yang saya terfikir, fesyen atau mewajipan menutup aurat. Kadang-kadang saya lihat, ada yang berjubah, namun tidak bertudung dan kalau bertudung, tidak menutup aurat seperti landasan Islam.
Aurat bukan sesuatu yang boleh ditafsir oleh fikiran sendiri tetapi apa yang Nabi kita ajarkan.Jubah memang bagus untuk muslimah tetapi tudung juga memainkan peranan penting dalam proses menutup aurat.
Matlamat utama kita berpakaian ialah menutup aurat. Tudung yang dipakai hendaklah dilabuhkan sehingga menutup dada sesuai dengan suruhan Allah dalam Surah An-Nur, ayat 31 yang bermaksud :
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. "

Sekadar Peringatan.

APAKAH 8C YANG BUAT SUAMI BENCI ISTERI


Mari membaca email saya dapat dari seorang sahabat. 8C atau perkara yang membuatkan suami benci isteri. Sangat bagus untuk yang bergelar isteri (-: atau yang bakal bergelar isteri. Sebenarnya bukan sahaja boleh dipraktikkan oleh isteri, malah si suami juga sangat sesuai untuk mempraktikannya. Bersamalah kita dalam usaha menjadi muslimah dan isteri solehah. Selamat beramal (-:
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.