Pencarian Bidadari Syurga

welcome

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

AYAT AL-QURAN vs ILMU PENGASIH



Sekali pandang tajuk ni, saya rasa gerun pulak tengok word yang belakang tu. Ilmu Pengasih. Selalunya, dalam masyarakat Melayu (saya tak pasti, masyarakat lain ada ke tak), ilmu pengasih ni memang kuat sejak zaman nenek moyang dulu kala lagi.


Bila orang menggunakan ilmu pengasih???

Hmmm, persoalan ini yang saya jelas jawapannya, kalau seseorang tu sukakan seseorang yang lain. Senang cerita, macam ni. Katakan A suka B. But A tak pasti B ni suka atau tak, atau B ni memang tak suka A tapi A nak juga dapatkan B, atau A takut B terlepa
s ke tangan orang lain. Maka A ni pun gunalah ilmu pengasih. Jumpalah bomoh ke, pawang ke, apa ke, dengan tujuan hajatnya untuk mendapatkan orang yang diinginkan. Wallahualam........Nauzubillah.

Maka si A akan mendapatkan tunjuk ajar dari orang-orang yang dijumpainya, dan mengikut segala tunjuk ajar (of course sesat la kalau bukan dari ALLAH) yang diperturunkan oleh tok moh, tok wang tu. Hehehehe..... Apa saja cara sekalipun akan diikuti, asalkan hajatnya tercapai.

Tak kisahlah bayar akadnya berapa sekalipun (dah macam akad nikah pulak. Heh. Tapi ni bukan akad nikah, ni akad dengan orang yang membantu. Wallahualam ). Orang macam ni, sanggup buat apa saja la kan, asalkan hajatnya tercapai. Maka si A tadi akan menyeru-nyeru nama si B supaya ingat akan si A. Ada jugak yang guna minyak dagu la, minyak senyonyong la, dan entah apa lagi la minyak yang saya tak tahu (saya tahu minyak masak je). Pelbagai cara dan akedah, namun matlamatnya sama iaitu AGAR ORANG YANG DISUKAI TU INGAT KEPADA DIRINYA DAN HATI SENTIASA PADA DIRINYA....huh, macam seram jerk bunyinya. Bila dah terkena, of course si B ni hengat je kat si A. Kesian kan, menerima CINTA TERPAKSA TANPA DISEDARI DIRI DIGUNAKAN. macam tak natural lak pulak. Sebab cinta tu, semoleknya jangan dipaksa. Sebab, kalau dah jodoh tak kemana kan. ALLAH lebih tahu dalam hal-hal ni.



Apa sebab orang buat macam ni???
Pada saya, orang macam ni tak ada kesabaran. Takut dan tak percaya pada diri sendiri. Takut diri tak laku, takut diri tak ada orang nak, barangkali juga cemburu dengan kebahagiaan orang lain yang dah kahwin, tapi diri dia tak kahwin-kahwin lagi, atau takut orang yang dia suka terlepas ke tangan orang lain. So maknanya orang macam ni , tak boleh terima ketentua
n yang ALLAH tetapkan. Sedangkan dia sendiri tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sebab hanya ALLAH saja yang tahu kan.

Dalam bab jodoh, ALLAH dah tetapkan jodoh kita dengan siapa. Cuma sebagai manusia, kita kena berusaha la. Tapi bukan dengan cara yang macam di atas tadi. Sebagai manusia, kita kena buka jalan mengenai bab jodoh. Tak perlu la terlalu nak 'rush' atau cepat kalau belum bersedia.

Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita memang di seru untuk memilih teman hidup dan mendirikan rumah tangga. Namun begitu, andainya kita memilih cara seperti dia atas dalam urusan jodoh, adakah hati kita akan bahagia. Sudah pasti setiap hari kita risau dan cemburu dengan aktiviti pasangan kita. Apalagi jika dah berkahwin, kita buat macam-macam pada pasangan kita. Jijik rasa nak cerita.

saya lebih percaya kepada ayat-ayat di dalam
Al-Quran dalam urusan hati ini. Hanya pada ALLAH kita memohon. Memohon dengan ALLAH, kita tak perlu bayar sesen pun. Cukup dengan amalan kita yang ALLAH perintahkan, kemudian, doa dan yakin ALLAH pembantu kita. Mudah sahabat-sahabat, bacaan Al-Fatihah, kita sedekahkan kepada insan yang kita sayang, INSYA ALLAH, ALLAH akan membantu hatinya dengan hati kita bersatu. Rohnya dengan roh kita aka ada tarikan semulajadi yang luar biasa. Cumanya, niatkan kerana ALLAH, jodoh kerana ALLAH dan berkahwin kerana ALLAH.

“Jodoh ketentuan di tangan Tuhan”. Itulah ungkapan yang sering kita dengari apabila berbicara tentang soal hati. Malah ada yang sudah berputus asa dan rasa muak dengan ungkapan tersebut kerana sudah sering mendengarnya setiap kali usai meluahkan rasa hati kepada seseorang. Jangan sekali-kali kita berputus asa daripada rahmat Allah sebaliknya, sandarkan lah perjalanan hidup kita kepada ketentuan Qada’ dan Qadar, iaitu takdir yang baik mahupun yang buruk. Itu adalah syarat pertama jikalau kita mahu mencari pasangan hidup, dengan tujuan kerana ingin mendapatkan keredhaan-Nya. Jika kita hanya mencari pasangan kerana terikut-ikutkan keadaan semasa di sekeliling kita, atau hanya kerana suka-suka, nescaya tujuan kita itu tidak disandarkan kepada iman sepenuhnya dan nescaya hati kita akan gundah-gulana dan bagaikan dirobek apabila pilihan di hati tidak menjadi kenyataan.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Amalkan surah Al-Fatihah, sedekahkan kepada insan yang kita sayang dan suka, INSYA ALLAH, ALLAH akan membantu..

* semoga kita semua mendapat hidayah ALLAH dan berjumpa dengan jodoh yang baik. Kepada yang telah berjodohan (macam saya, heheheheh. Gatal la pulak) Pelihara jodoh dengan baik, amalkan surah-surah di dalam al-Quran, niatkan kepada ALLAH, semoga aura-aura ayat al-Quran memelihara hubungan itu. AMIN....





Ubat Hati




Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da'wah ini da'wah Allah dan da'wah kepada Allah.


Maka seandainya hati aku sendiri kosong tanpa Allah, apa mungkin aku memimpin mereka ke arahNya?


Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da'wah ini da'wah Allah dan da'wah kepada Allah.
Maka sekiranya aku masih lagi gagal mencintai Allah wa Rasul melebihi segala cinta yang lainnya, adakah aku masih bertanggapan bahawa mereka yang aku da'wahi akan mencintai Tuhan dan Rasulnya itu?


Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da'wah ini tentang kerja dan bekerja.
Ya, jika tidak, apa pantas untuk As-Syahid berkata;
"Nahnu Qaumun 'Amaliyyun"
"Kita adalah kaum yang berorientasikan amal"


Maka adakah cukup untuk aku sekadar berkata-kata tanpa amal yang jelas dan ikhlas?
Adakah aku masih expect untuk mereka percaya dan beramal apa yang aku katakan sedang aku fakir dari amal itu sendiri?


Sudah terlalu banyak peringatan yang diberikan mereka yang sudah terlebih dahulu mengharungi jalan ini;

"Aslih nafsak wad'u ghairak"
"Perbaiki diri sendiri, dan serulah orang lain"
"Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya ia akan tertegak di tanah airmu"

Adakah aku masih lagi leka dan terbuai dalam dunia ciptaan ku sendiri?

Water Water Water


Pernah tak mengantuk lepas makan??? Mesti selalu kan. nak lagi, time tengah hari di kala hujung minggu.hikhikhik (saya pun selalu jugak)

Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak," rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.



SILA PASTIKAN AIR YANG NAK DIMINUM TU DAH DIMASAK @ DITAPIS DULU YE. NANTI SAKIT PULAK SANG PERUT

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur m
eningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dala
m badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku le
wat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus
bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Nak kulit cantik, banyak minum air kosong. Sebab tu orang tua-tua kata, air sembahyang tu penyeri wajah. Sebab unsur air + niat yang suci meghadap Illahi


Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air?


Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.


Kesan kekurangan cecair :

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

Tekanan darah menurun

Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk

Lesu pada waktu siang

Sakit belakang

Dehidrasi

Sakit kepala

Memperlahankan kadar metabolisma

Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara

Sendi dan otot mengalami kekeringan

Menyukarkan penyingkiran bahan toksik

Meningkatkan keinginan untuk makan

Darah menjadi pekat

Mudah keliru.

Degupan jantung meningkat

Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan