Pencarian Bidadari Syurga

welcome

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

BUAT BAIK KEPADA ORANG YANG BUAT JAHAT KEPADA KITA


Teringat satu kisah zaman Rasulullah s.a.w. Sudah lama saya dengar kisah ini, tapi tadi, ada seorang sahabat mengingatkan kembali kisah ini. Kredit kepada sahabat saya itu. Pada zaman Rasulullah s.a.w mula-mula nak berdakwah, ramai orang kafir Quraisy menentang. Tetapi kisah yang saya nak kongsi ni, bukan kisah masa yang biasa kita dengar. Ya, mungkin kawan-kawan ada yang dah tahu pun, tetapi tak apa lah kan. Ni halaman saya, jadi saya nak luahkan segalanya di sini.

Rasulullah s.a.w, memang akan solat berjemaah. jadi dikisahkan, semasa Rasululullah s.a.w nak ke masjid untuk solat berjemaah, Rasulullah akan melalui rumah seorang tua. Perkara yang berlaku ialah, setiap kali waktu Rasulullah s.a.w melalui rumahnya, orang tua itu akan membaling batu, najis dan pelbagai benda lagi ke arah Rasulullah s.a.w. Tetapi baginda tidak pernah memarahi orang tua itu. Begitulah perkara yang berlaku setiap hari kepada Rasulullah s.a.w setiap kali melalui hadapan rumah orang tua itu.
sehinggalah pada suatu hari, semasa Rasulullah s.a.w melalui di hadapan rumah orang tua itu, orang tua itu tiada di tingkapnya seperti biasa. Rasulullah s.a.w bertanya kepada sahabatnya. Sahabatnya menjawab, orang tua itu sedang sakit. Rasulullah s.a.w pun melawat orang tua itu di rumahnya. Orang tua itu menitiskan air mata sebaik melihat Rasulullah s.a.w melawatnya kerana budi pekerti Rasulullah s.a.w yang mulia. Rasulullah sedikit pun tidak membalas perbuatan orang tua itu.

Hmmmm...begitulah mulianya hati Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan dakwahnya. Jika kita kaitkan dalam kehidupan kita seharian, pasti kita akan menemui orang yang pernah melukakan hati kita. Cuba kita nilai semula diri kita. Jika ada individu yang melukakan hati kita, pasti kita sukar untuk memaafkannya. Apalah kita jika nak dibandingkan dengan dugaan yang diterima Rasulullah s.a.w.

Kita kadang-kadang sering menganggap diri kita ini hebat, kita yang terbaik, kita yang bagus. Namun kadang-kadang, orang yang melihat kita, akan pandang pada sebaliknya. Ya, kerana pandangan manusia itu berbeza.

Ada orang yang rasa hebat kerana dia pandai dalam agama, pandai dalam berdakwah, pandai dlaam berbicara hal agama, termasuk dakwah dalam blognya (memang blog tu hak peribadi masing-masing). Orang yang melihatnya nampak dia hebat, gah dengan namanya yang terkenal (tak kisah lah peringkat apa pun). Namun, hakikatnya berbeza dengan orang yang pernah rapat dengannya.

Kadang-kadang orang macam ni nak tutup kelemahan yang dia ada. Nak tutup kekurangan yang dia ada. Bila orang lukakan hatinya, buat salah padanya, orang macam ni akan kenang sampai mati. Mungkin juga jatuh pada tahap BENCI or MENYAMPAH. sampai ke tahap, JANGAN MUNCUL DEPAN AKU LAGI (masih ramai orang macam ni, yang sedihnya pendakwah yang asyik ajak orang jangan benci saudara sesama Islam pulak tu ada yang buat). So orang macam ni macam mana??? CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Apakah dia hanya berkata-kata tanpa beramal???

Sebab itu, dalam Islam, kita dianjurkan untuk berlapang dada. Kata maaf itu, bukan bermakna memaafkan sahaja. Tetapi istilah JANGAN MUNCUL DEPAN AKU LAGI, BENCI, MENYAMPAH, itu seharusnya dipadamkan. Bukan MARAH apabila ada bayang-bayang masih ada. Kadang-kadang akan wujud unfinished business dalam pihak yang satu lagi.

Renung-renungkan kisah Rasulullah s.a.w ini, (walaupun memang ada kisah Rasulullah yang sukar melupakan isu memaafkan orang ini).

Bila kita anggap diri kita sahaja yang bagus, tapi ada orang lain yang anggap kita banyak kekurangan. Contohnya, marah orang kalau orang tak nak bagi guna barang, meja, tempat, hatta bilik sekalipun. Kena fikir kenapa orang itu tak nak bagi guna. Mungkin kerana barang itu bukan hak dia, atau ada amanah dari orang lain, atau mungkin itu barang kesayangan dia. Kita jangan cepat menuduh atau berprasangka dengan mengatakan orang itu tak nak tolong kita. Mungkin ada sebabnya. Tu la kalau sentiasa anggap diri kita ini hebatkan...

Hmmm...itu lah kehidupan sehari-harian kita yang kita akan jumpa dengan bermacam-macam orang......dan ragam.

Apa yang penting, BERLAPANG DADA, MEMAAFKAN ORANG DENGAN IKHLAS.......
mudah-mudahan kita semua tergolong dalam insan yang mudah memafkan dan berlapang dada. Semoga kita juga dilindungi ALLAH senantiasa




BINGKISAN BUAT ADIK-ADIKKU


Adik-adikku, terimalah bingkisan daripada kakak. Jika pelbagai persoalan yang sering adik-adik persoalkan kepada kakak, kini kakak menjawab segala persoalan adik-adik



Semoga, segala persoalanmu telah terjawab adik-adikku